Sunday, October 28, 2007

Kejayaan Kurniaan Tuhanku

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t, kerana masih diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan. Sudah dua bulan majlis konvokesyen berlalu, masih teringat detik2 bersejarah menerima scroll ijazah saya yg pertama.

Tanggal 25 ogos 2007, maka terlakarlah sejarah penerimaan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Universiti Islam Antarabangsa, Taman Ilmu dan Budi. Nikmat kejayaan kurniaan Ilahi ini, amat tidak ternilai bagi saya. Benarlah Allah maha pemurah dan maha pengurnia bagi sesiapa sahaja yg Ia kehendaki..


Sungguh saya sangat bersyukur dengan kurniaan kejayaan ini, kerana setelah melalui pahit maung , bertungkus lumus dlm mencari Ilmu, akhirnya, berjaya juga saya menggenggam segulung Ijazah..Dengan pengurniaan ini, terbayarlah segala penat lelah, pahit maung, sedih dan duka sepanjang di menara gading, demi mencari selautan ilmu yg akan dipergunakan untuk memajukan ummah, seterusnya menjulang agama Islam yg tercinta..Benarlah bahawa ilmu Mu Ya Allah tidak terkira banyaknya, sehinggakan saya rasakan, banyak lagi ilmu yg perlu dipelajari.

Teringat pula detik-detik semasa di semester akhir. Saya menghadapi dilema untuk membuat keputusan samada membuat thesis final year project ataupun, practical training. Sungguh di semester akhir ini, sangat menggerunkan,Ia adalah peluang terakhir bagi kita untuk menempa kejayaan.. Bagi yg lemah, semester inilah yg digunakan untuk memperbaiki cgpa..

Samalah bagi saya, semester terakhir ini, amat penting bagi saya..Ia akan menentukan samada CGPA 3 pt ke atas, dapat dipertahankan ataupun tidak. Setelah difikirkan segala baik-buruk dan peluang serta keaadaan semasa, akhirnya saya ambil keputusan untuk membuat thesis final year project tersebut..Pd awalnya, saya agak ragu2 untuk mengambil keputusan itu, kerana tidak ramai student math yg akan mengambil keputusan untuk membuat thesis kerana ia dianggap sesuatu yg mencabar juga kerana memerlukan kerahan minda dan usaha yg lebih..Practical training pula akan memberikan kredit pd graduan kerana mempunyai pengalaman bekerja.

Tapi, apakan daya, keadaan memerlukan saya berbuat begitu. Dan saya juga mempunyai minat yg tinggi untuk membuat thesis..kerana saya rasakan pengalaman yg akan diperolehi nnt, sedikit sebanyak dapat membantu dlm menyambung pelajaran di peringkat master dengan penyelidikan kelak..Berkat petunjuk Ilahi dan juga dengan kata2 classmate yg membina dan memberi dorongan yg tinggi, akhirnya, saya putuskan jua untuk membuat thesis tersebut Walaupun saya sedar bahawa banyak risiko dan rintangan yg bakal ditempuhi.

“Fu’ah, you can do it..if other people can do that, why don’t u can’t”.. Thanks, lina diyana..for your words..inilah, kata2 yg menjadi suntikan bagi saya untuk menyempurnakan thesis tersebut..Terima kasih juga buat sahabat baik saya, syakirah, atas bantuan dan dorongan. Tidak lupa juga buat roommate, Liza, Marya and Shida yg tidak henti2 memberi kata semangat..Juga buat huda yg sama2 membuat final year project, yg m’beri idea dan sama2 menempuh kepayahan. Special dedicated to Timah coz pinjamkan keta nak pi submit project and byk support dlm solvekan my project problems..to fida n zul thank you coz tolong pinjamkan computer di sa’at2 saya amat memerlukannya.


N of course to my advisor, prof nasir yg memberi tunjuk ajar, walaupun yg kdg2 sukar untuk memahami kehendaknya. Special thanks also to my hausemate sms di sem 3, k.ainaa, k.ti, k.shida, k.zuni,n syikin. Bantuan dan dorongan kalian, tidak ternilai bg saya. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Last but not least, thanks to my beloved parent yg sentiasa mendoakan kejayaan saya. Thanks to my family. Thanks for everything. Inilah kurniaan sahabat handai, guru2, ibu ayah, kaum keluarga yg sgt berjasa buat saya .. Inilah dia kurniaan dr Tuhanku..Haazaa, min fadhli Rabbi..

For my other friends you are also in my mind..thanks for your kindness and thanks for evrythg.

No comments: